Pulau Penarik merupakan sempadan antara daerah Tangkak dan Muar. Terdapat banyak tempat menarik dan bersejarah di sekitar kawasan setempat kami. Jom kita lihat :

TAMAN NEGARA GUNUNG LEDANG 

                     269603811 5277376978943395 6276326168989875366 n         ledang-panoramic

Taman Negara Johor Gunung Ledang ditubuhkan pada 2005 untuk melindungi gunung istimewa dan memelihara seluruh tumbuhan unik dan binatang yang bermastautin di sini. Kawasan perlindungan yang berkeluasan 8 611.9 hektar ini, merangkumi keseluruhan Ledang yang mempunyai ciri hutan hujan tropika yang luas dan berfungsi sebagai kawasan tadahan air kritikal untuk negeri Johor dan Melaka.

Gunung Ledang juga menyimpan pelbagai kisah lagenda. Kebanyakkan lagenda mengesahkan seorang puteri misteri, Puteri Gunung Ledang. Dalam versi penceritaan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin/The Malay Annals), menceritakan bahawa Puteri Gunung Ledang telah menetapkan tujuh tuntutan yang mustahil kepada Sultan Melaka jika beliau mahu mengahwininya.

                                                    images-2

Hari ini, Gunung Ledang merupakan salah satu destinasi pendakian gunung yang popular di negara ini iaitu antara 15,000 dan 20,000 pelawat terlibat dalam pendakian gunung bertinggian 1,276 meter setiap tahun. Pendakian ke puncak gunung mangambil masa setengah hari, ianya bukanlah satu pendakian yang mudah. Mereka yang berjaya mendaki puncak gunung akan mendapat ganjaran keindahan pandangan 360 darjah yang menakjubkan dari dataran sekitarnya,  jika cuaca membenarkan.

        ledang-05     ledang-02

Taman Hutan Lagenda, merupakan pintu utama dan terletak di di selatan kaki gunung, berdekatan bandar Sagil di daerah Tangkak. Walaupun kebanyakan pelawat datang ke sini untuk mendaki, pintu masuk taman itu sendiri adalah tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti riadah seperti berkelah atau perkhemahan di tepi sungai. Destinasi ini sesuai untuk seisi keluarga, pelajar sekolah atau kumpulan syarikat. Terdapat pelbagai penginapan antaranya chalet, asrama, pondok hutan dan tempat perkemahan; manakala terdapat beberapa pakej berkumpulan ditawarkan, dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti tempoh halangan,  paintball dan santai bersama alam.

TAMAN REAKREASI TANJUNG EMAS & RIVER CRUISE

                                                    images-5

Dataran Tanjung Emas sememangnya popular sebagai tempat beriadah dikalangan warga tempatan di Muar, Johor. Hal ini kerana kawasannya yang luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti trek jogging & taman permainan kanak-kanak. Di setiap hujung minggu kita akan dapat melihat orang ramai datang ke sini terutamanya yang datang bersama keluarga. Anda juga turut berpeluang melihat Masjid Sultan Ismail yang berada di seberang sungai.

  download-7   images-4  images-3

Dataran Tanjung Emas terletak di muara Sungai Muar. Oleh itu, anda boleh menikmati pemandangan Sungai Muar yang indah dengan cara berjalan kaki di laluan pejalan kaki yang berada di tebing sungai (dalam kawasan dataran). Selain itu, anda juga boleh menaiki ‘Muar River Cruise’ selama 45 min – 1 jam di Jeti Tanjung Emas bagi menghayati pemandangan Bandar Muar. Kapal yang boleh memuatkan sehingga 40 orang dalam satu masa ini akan membawa anda menyusuri Sungai Muar selama lebih kurang 30 minit.

            download-6                           download-11

Menariknya di Dataran Tanjung Emas ini, anda juga boleh datang beriadah pada malam hari. Terdapat pelbagai arca & dekorasi yang dihiasi lampu berwarna-warni, sekaligus membuatkan dataran ini kelihatan lebih meriah terutamanya pada malam minggu. Selain itu, terdapat juga peniaga kecil yang menjual makanan dan minuman di sekitar dataran ini. Memang seronok kalau dapat lepak bersama rakan-rakan sambil borak santai di malam hari dekat sini!

     download-4  download-8   download-9

MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM MUAR
 
                                                                           download-15
                                                                                     
Masjid Jamek Muar adalah merupakan nama pertama yang diberikan sempena pembinaan masjid dan merupakan masjid yang tertua di Daerah Muar. Pembinaan ini ditaja pada tarikh 21 Rejab 1343 Hijriyyah bersamaan 15 Februari 1925 Masihi. Senibina masjid ini telah dilukis oleh “pelukis” Johor pada masa itu iaitu Encik Sulaiman bin Haji Ilyas. Pembinaan tersebut diketuai oleh Mejar Al-Haj Muhammad Said bin Haji Sulaiman.Pembinaan masjid ini adalah daripada ehsan Kerajaan Johor dan Khairat Ahli Negeri Johor Darul Ta’zim.

                         download-12    download-16  

Masjid Jamek Muar ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Ismail (Tengku Mahkota Johor) dan Yang Berhormat Dato’ Mustapha Jaafar (Menteri Besar Johor) pada hari Jumaat, jam 11 pagi pada 29 Ramadhan 1347 Hijriyyah bersamaan 28 Februari 1930 Masihi.

Masjid ini telah dirasmikan dan dibuka kepada umum sempena 35 tahun penaklukan dan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ibrahim (Sultan Yang Dipertuan Johor), dan juga kepada Yang Amat Mulia Tengku Ahmad selaku Pesuruhjaya Kerajaan Daerah Muar, serta kepada Yang Berhormat Engku Ali bin Abdullah selaku Yang Dipertuan Agama Islam Johor.

UPTOWN MUAR & STREET ART
 
Uptown Muar dibuka setiap malam Jumaat dan Sabtu setiap minggu. Pelbagai barangan dijual seperti baju, tudung, karpet,makanan dan bermacam-macam lagi. Uptown juga berbumbung ye, jadi jangan risau panas ke hujan ke tetap boleh jalan-jalan disini. Jika berkesempatan boleh laa singah cuci mata di Uptown Muar.
 
download-26  download-27  images-12
 
TAMAN REAKREASI TANJUNG EMAS